expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 12 July 2015

PROSEDUR JUAL BELI TANAH

PROSEDUR LANGKAH-LANGKAH JUAL BELI TANAH

LANGKAH-LANGKAH URUSAN JUAL BELI TANAH
Untuk info penting kepada semua pelanggan, adalah dengan lebih baik jika pelanggan meluangkan masa untuk baca beberapa prosedur, langkah-langkah pengurusan jual beli tanah, syarat beli tanah, persediaan dokumen perlu di bawah sebelum jumpa wakil panel kami.

Langkah Pertama
Sekiranya pembeli serius berhasrat untuk membeli tanah berkenaan, apa yang pembeli perlu lakukan adalah meluangkan masa hadir berbincang/berjumpa dengan wakil panel kami untuk memahami prosedur dan langkah-langkah cara beli tanah, harga tanah boleh nego ke atau tak, prosedur pembayaran, cara pembayaran, status tanah, pemilikan tanah, geran dan kategori tanah, syarat-syarat perjanjian jual beli tanah, syarat dan kelayakkan pinjaman untuk loan peribadi, loan koperasi bertujuan nak beli tanah, dan proses tempoh urusan jual beli tanah. Pada langkah pertama ini, sekiranya pembeli hadir berjumpa dengan wakil panel kami, maka segala perkara berkaitan jual beli tanah akan dijelaskan oleh wakil panel kami. Sekiranya pembeli setuju, pembeli perlu membuat bayaran Booking Fee (Bayaran Tempahan) sebanyak 5% Daripada Harga Tanah Atau Bayaran Boleh Dibuat Selepas Melawat Tapak Dan Berpuashati Dengan Terma Dan Syarat Serta Kedudukan Kawasan Tanah Berkenaan.

Tarikh lawatan tapak ditetapkan mengikut kesesuaian masa pembeli dan juga masa wakil pemaju. Pada masa perbincangan ini juga tarikh lawatan tapak dan Deposit atau Wang Pendahuluan 15% Sehingga 25% akan diputuskan oleh pembeli kepada wakil panel kami melalui perbincangan pertama.

Langkah Kedua
Pembeli perlu menyediakan bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan sebanyak 15% Sehingga 25% daripada harga tanah, bayaran deposit tersebut dimeterai melalui Deraf Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Partial SPA/SNP) diantara Pembeli dan Pemaju.

Pada waktu atau hari yang sama pembeli dan wakil panel kami akan buat lawatan tapak. Di samping itu, pembeli menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pinjaman sekiranya pembeli nak buat loan melalui koperasi atau bank, supaya segala proses dapat dipercepatkan, bayaran hendaklah dibuat diatas nama Pemaju tanah atau Peguam Pemegang Amanah.

Pemaju Tanah atau Peguam dilantik akan mengeluarkan resit/slip bayaran dan Deraf Surat Perjanjian Jual Beli (Partial SPA/SNP) kepada pembeli, proses bayaran pendahuluan dan perjanjian ini dilakukan di pejabat pemaju atau pejabat peguam yang dilantik.

Langkah Ketiga
Dalam tempoh 10 atau 21 hari waktu berkerja, pemaju akan menyediakan surat perjanjian jual beli (FULL SPA) manakala urusan dengan pihak Bank/Koperasi akan mengambil masa 10 hari bekerja untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak, pembeli akan menandatangani perjanjian pinjaman dengan panel bank/koperasi sekiranya permohonan pinjaman diluluskan. Panel kami akan menghubungi / menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli tanah dengan pemaju di pejabat pemaju atau pejabat peguam. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli hendaklah membayar baki tunggakkan iaitu sebanyak 70% atau 80% lagi daripada harga tanah.

Nota Penting: Sekiranya pembeli tidak memohon pinjaman bank, baki tunggakkan boleh dilangsaikan oleh pembeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan atau tarikh Perjanjian Jual Beli tanah (Full SPA/SNP).

Langkah Keempat
Sekiranya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian (FULL SPA/SNP) pembeli masih gagal membuat bayaran 70% atau 80% tunggakkan kepada pemaju, pembeli boleh memohon lanjutan bayaran iaitu Janji Bayar (Promise To Pay) kepada pemaju dalam tempoh satu (1) bulan atau lebih mengikut budi bicara pemaju bagi mengelakkan perjanjian (SPA) terbatal dan sekiranya pembeli masih juga gagal, enggan dan atau ingkar untuk membuat bayaran selepas tempoh lanjutan, maka pemaju berhak untuk tidak memulangkan wang Deposit atau Wang Pendahuluan tersebut.

Peringkat Pembayaran
1) Bayaran Tempahan (Booking Fee) 5%
2) Bayaran Deposit 15% atau 25% daripada harga tanah
3) Bayaran Akhir 80% atau 70% daripada harga tanah

Persediaan perlu di bawa oleh pembeli semasa jumpa panel kami
a) Dua (2) Keping Kad Pengenalan
b) Surat Pengesahan Jawatan (Appointment Letter)
c) Salinan Penyata EPF d) Bank Statement 3 Bulan Terkini Panel
d) Bil air atau bil elektrik

Bagi pembeli yang serius, sila hubungi kami
PHOENIX CALIBRE GROUP SDN BHD
Call/SMS/Whatsapp:
+60145538989 (Hasnal) 
Skype: shhimec 
Email: myphoenixcalibre@gmail.com
Blog: http://phoenixcalibre.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment