expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

TANAH LOT DI JALAN JELATEK KUALA LUMPUR UNTUK DIJUAL (MALAY VERSION)

TANAH TEPI JALAN DI JELATEK, KUALA LUMPUR UNTUK DIJUAL, KEDUDUKAN TERLETAK DI ANTARA RANKING "TOP LOCATION" DI KUALA LUMPUR 
Butiran Tanah
Kawasan: TERLETAK DI ANTARA SETIAWANGSA DAN AMPANG, BERSEBELAHAN DENGAN KAMPUNG DATUK KERAMAT SEBELUM STESEN MINYAK PETRONAS

Negeri: WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Luas Tapak: 10890 METER PERSEGI Atau 2.6909776 EKAR Atau (117218.98 KPS)
Daerah: KUALA LUMPUR
Bandar/Mukim: MUKIM AMPANG
Kategori Tanah: BANGUNAN KEDIAMAN/SHOP LOT
Status Tanah: LEESHOLD SEHINGGA 2076
Harga: RM70,331,388.00 Juta Atau RM600.00 PER KPS
Cukai Tahunan: RM274.00

PENGENALAN
Tanah yang sedia untuk dijual ini merupakan 12 bidang tanah lot tepi jalan di Jelatek yang sememangnya sentiasa menjadi 'hot spot' di Kuala Lumpur. Bagi penduduk sekitar ibu kota, kawasan Jelatek memang tidak asing lagi kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

LOKASI
Kedudukan Jelatek yang menjadi antara "Top Location" di Kuala Lumpur meletakkannya sebagai antara kawasan yang bernilai tinggi dan sering menjadi idaman golongan berkemampuan kerana lokasinya yang sangat strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukan tapak tanah ini terletak berhampiran jalan utama iaitu Jalan Jelatek yang berada di antara Setiawangsa dan Ampang serta bersebelahan dengan Kampung Datuk Keramat.

Kawasan ini menjadi Top Location kerana lokasi yang cukup strategik di tengah bandar dengan kelengkapan segala bentuk prasarana serta pelbagai kemudahan awam, keperluan hidup, keharmonian persekitaran, jaringan jalan raya yang sempurna, komuniti sosial dan hiburan serta jaminan keselamatan yang tinggi. Inilah antara faktor yang menjadikan kawasan ini benar-benar bernilai dan antara kawasan yang terbaik untuk dimiliki di bandaraya Kuala Lumpur.

KESESUAIAN PEMBANGUNAN
Bangunan Tinggi, Memuatkan Beberapa Ratus Unit Bilik/Rumah, Pembangunan Kondo, Hotel 3 Bintang atau 5 Bintang, Pembangunan Komersial Seperti Shoping Kompleks Dan Lain-lain.

TARIKAN UTAMA & KEMUDAHAN
Antara tarikan utama kawasan ini adalah lokasinya yang terletak berhampiran dengan kemudahan awam. Beberapa buah pusat membeli-belah utama yang tersohor terletak berhampiran kawasan ini termasuklah:
Ampang Point


The Amp Walk                   Great Eastern Mall
  

Dari kawasan ini, perjalanan ke pusat bangunan Suria KLCC dan Pavilion pula hanya mengambil masa beberapa minit.
Suria KLCC                             Pavilion`
 

Selain tarikan beli belah, kemudahan perubatan juga telah tersedia di mana Pusat Perubatan Gleneagles Intan juga terletak betul-betul di persimpangan Jalan Jelatek dan Jalan Ampang.

Pusat Perubatan Gleneagles Intan

Tapak tanah ini amat strategik dari segi akses pengangkutan kerana kemudahan jaringan jalanraya yang lengkap, stesen LRT dan lebuh raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar melalui Jalan Jelatek, Jalan Ampang mahupun stesen LRT Jelatek dalam hanya beberapa minit sahaja.


Laluan ini juga boleh diakses untuk ke beberapa lebuh raya utama termasuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (Akleh) dan Damansara-Ulu Kelang Elevated Highway (DUKE).

POTENSI
Dengan kedudukannya yang strategik di jalan utama Jelatek, tanah ini berpotensi untuk didirikan dengan lot banglo mewah. Pembinaan sebuah banglo mewah pastinya amat menarik dengan persekitaran bandaraya yang sangat selesa ditambah pula dengan pelbagai kemudahan prasarana.

Selain dari lot banglo mewah, bangunan rumah kedai untuk perniagaan juga boleh dibina dengan jangkaan potensi keuntungan berlipat ganda yang mampu diraih disebabkan kedudukan kawasan ini yang sering menjadi kawasan kunjungan orang ramai baik dari kalangan penduduk tempatan mahupun orang luar.

Disebabkan faktor-faktor yang amat memberangsangkan, kawasan ini dijangka akan mengalami peningkatan nilai secara mendadak. Persekitaran yang serba lengkap di bandar Kuala Lumpur akan menaikkan harga tanah di kawasan ini yang dijangka meningkat tinggi dalam masa 2-3 tahun akan datang.


 


 

 



LANGKAH-LANGKAH DAN PERATURAN BELI TANAH/RUMAH:

LANGKAH PERTAMA
Pembeli perlu menyediakan Penyata Kewangan Atau Bukti Kemampuan sebelum melawat kawasan tanah, penyata kewangan itu hendaklah diemailkan mengikut details seperti berikut:

Kepada: 
PHOENIX CALIBRE GROUP SDN BHD
Email: myphoenixcalibre@gmail.com

LANGKAH KEDUA
Setelah pihak kami menerima Penyata Kewangan dari pembeli/wakil pembeli, seterusnya menetapkan temu janji tarikh, masa dan tempat perjumpaan segera secara email, cal, sms atau melalui sosial media (Whatssap/Line/Wechat) dan sebagainya. 

LANGKAH KETIGA 
Perjumpaan, perbincangan dan aktiviti melawat kawasan tanah. 

LANGKAH KEEMPAT 
Sekiranya pembeli setuju untuk membeli hartanah berkenaan, pembeli perlu menyediakan bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah, bayaran deposit dibuat di pejabat pemegang amanah atau pejabat peguam pemilik tanah. 

LANGKAH KELIMA 
Dalam tempoh 10 atau 21 hari waktu berkerja, peguam akan menyediakan surat perjanjian jual beli (SPA) manakala sekiranya pembeli membeli hartanah menerusi pinjaman bank akan mengambil masa 7 hari bekerja untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak, pembeli akan menandatangani perjanjian pinjaman dengan panel bank sekiranya permohonan pinjaman diluluskan. Kami akan menghubungi / menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli tanah dengan pemilik tanah di pejabat peguam. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli hendaklah membayar baki tunggakkan iaitu sebanyak 90% lagi daripada harga tanah. 

Nota Penting: Sekiranya pembeli tidak memohon pinjaman bank, baki tunggakkan boleh dilangsaikan oleh pembeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan atau tarikh perjanjian jual beli tanah (SPA). 


CLICK HERE FOR ENGLISH VERSION

Bagi pembeli yang serius, sila hubungi kami
PHOENIX CALIBRE GROUP SDN BHD
Email: myphoenixcalibre@gmail.com
Blog: http://phoenixcalibre.blogspot.com/